OAT MASK
(untuk kulit sensitif, kering dan berjerawat)
Kadang-kadang kita tidak perlu membazir duit membeli mask mahal-mahal. Apa kata kali ini saya ajar cara membuat mask dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur saja. Mask ini menggunakan bahan-bahan asli, efektif dan tak mahal langsung. Baiklah.....mari kita bermula.....
Untuk melembut, melicin dan melembabkan kulit serta merawat kulit kering yang sangat sensitif dan berjerawat.
Bahan-bahannya ada 3 saja ye....
Oat - 2 sudu
Madu - 1 sudu
Bioyogurt (nak yang sejuk dan segar) - 2, 3 sudu
Oat menyerap dan menanggalkan kotoran pada kulit
Madu membantu untuk menyerap dan mengekalkan kelembapan serta menyembuh jerawat
Bioyogurt melembutkan kulit, mengecilkan pori-pori dan merupakan antibakteria asli
Cara-cara :
Gaulkan oat dan bioyogurt sehingga sebati. Campurkan dengan sesudu besar madu. Dah siappppppp....boleh bubuh di muka dah. Gunakan berus mask ye. Biarkan 15-20 minit atau hingga keras. Lepas itu boleh cuci. Semasa cuci boleh gunakan mask tu sebagai scrub. Scrublah seminit. Yummyyyyy...best!best!
SELAMAT MENCUBA
No comments:
Post a Comment