Tuesday, March 20, 2012

Kelas Make-up

Jom sertai Kelas Make-up
Mungkin anda ada pertanyaan-pertanyaan seperti berikut...
 
 


Apa faedahnya saya menghadiri kelas Make Up?
Tidak semua orang mempunyai kreativiti untuk bersolek. Ada yang ingin kelihatan cantik seperti orang lain tetapi tidak tahu apa yang hendak dipakai, atau apa alat solek yang hendak dibeli.  Adapun yang membeli alat solek banyak-banyak tidak pula memakainya kerana tidak tahu bagaimana nak blend colours dan sebagainya. Alih-alih anda pergi kerja dengan muka pucat tidak bersolek. Atau sekali sekala nak keluar malam dengan orang tersayang apalah salahnya mengenakan alat solek yang sesuai untuk night. Kejutan gitukan....Maka, dalam situasi seperti ini anda perlukan 'guidance' atau tunjuk ajar.


Pada penghujung kelas, anda akan dapat menyolek muka diri sendiri dan merubah penampilan. Anda juga akan dapat banyak tips solekan. The Do's and Don'ts. Maka anda akan menjadi lebih yakin dengan penampilan anda.  Apa yang anda perlu buat cuma ikutilah kelas ini.

Kelas Make-up ni macamana?
Kelas dikendalikan secara hands-on oleh make-up artis yang berpengalaman menyolek artis-artis dan model-model tempatan.  Anda akan diajar mengikut keperluan individu. Contoh: Nak make up untuk interview/evening/day/ada special date/ dinner/ function dan sebagainya. So, anda bagitau apa keperluan anda dan kami akan penuhi.

Apa aktiviti semasa kelas?
Mengenali bentuk muka dan warna kulit. Maka bolehlah kita pilih foundation yang sesuai. Lepas itu, kita bantu untuk mengajar anda membentuk kening supaya cantik gitu. Mengenali jenis brush yang wajib ada untuk make up. Selepas itu, berdasarkan keperluan peribadi, anda akan dibantu untuk menyolek muka diri sendiri step by step sehingga pandai.

Berapa lama kelas ni?
Kelas akan berlangsung dalam 2-3 Jam.


Jumlah peserta setiap kelas?
Minimum 1 Maksimum 6
Kelas tak perlu ramai dalam satu-satu masa kerana tumpuan pada setiap individu itu penting.

Bila Kelas diadakan?
Kelas diadakan setiap Sabtu dan Ahad. Pendaftaran diterima daripada hari Isnin hingga Jumaat setiap minggu. Boleh call atau sms untuk bertanya. Tak payah malu-malu. Kecuali sekiranya ada hari yang kami tidak dapat adakan kelas, maka akan dimaklumkan.

Bayaran Macamana?
Yuran kelas adalah RM150.
Boleh dibayar pada hari anda datang kelas. Tapi untuk tidak menghampakan, anda boleh 'book' tempat anda dengan membuat bayaran secara bank in ke akaun Splendour sepanjang Isnin-Jumaat kerana setiap sesi paling ramai kami hanya menerima 6 orang. First come first serve.

Apa yang perlu dibawa?
Tidak perlu bawa apa-apa. Kecuali kulit anda sensitif, anda bolehlah membawa set berus, make up atau span muka sendiri. Sekiranya tidak...anda datang berlenggang saja kerana semua disediakan untuk anda.


Ada sijil tak?
Oleh kerana kelas ini objektifnya untuk memahirkan peserta menyolek diri sendiri sahaja (more on individual self grooming) maka kami tidak menyediakan sijil. Walau bagaimanapun, sekiranya ada peserta yang berminat untuk mengikuti Profesional Make-Up Course, memang ada ditawarkan.

  

 

Tempat perlu ditempah..terhad...sila hubungi Qiss  016-6265664 untuk tempahan kelas anda

No comments:

Post a Comment